Monday 29 October 2012

BARANGAN KHURAFAT & TAHYUL

BARANGAN KHURAFAT DAN TAHYUL YANG MASIH MENJADI KEGILAAN DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT KITA INI TERUTAMA ORANG MELAYU. 
INI CONTOH BARANGANNYA.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Abdullah bin Mas’ud R.A, RasulullahSAW mengisyaratkan tentang azimat dan hukumnya. Kata Ibnu Mas’ud: Aku telah mendengar               Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّماَئِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

“Sesungguhnya jampi-jampi, azimat-azimat, dan guna-guna adalah syirik.” 

(Hadis Riwayat :. Imam Ahmad di dalam Musnad 1/381, Abu Daud di dalam Sunan-nya 7/630,                  Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak 4/217, 418, At-Tabrani di dalam Al-Kabir 10503, dan Al-Baihaqi di dalam Sunan Al-Kubra 9/350)

Pada suatu ketika Abdullah bin Mas'ud mendapati isterinya memakai kalung yang ada padanya tangkal. Beliau telah melucutkan tangkal itudan memotongnya sambil berkata:
`Seluruh keluarga Abdullah tidak boleh melakukan amalan syirik kepada Allah dengan sesuatu yang tidak pernah diturunkan oleh Allah keterangannya.'' Kemudian beliau berkata, menyatakan yang beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:                                                                     
Sesungguhnya jampi-jampi,tangkal-tangkal dan tiwalah itu syirik.




Khadam @ Jin yang diisi kedalam keris kecil ini


Tangkal diikat keperut @ leher


Keris dengan ukiran khalam ALLAH tetapi kegunaanya bercanggah


Kertas wafaq yang digulung letak dalam kalung tangkal @ azimat


Minyak Dagu

Lakaran Wafaq yang tak faham ayatnya cuma kefaham boleh didapati oleh
 tok bomoh sahaja


Buluh yang digunakan untuk santau & sebagainya


ayat wafaq yang diisi oleh bomoh kedalam botol utk ditanam @ digantung untuk 
jaga rumah @ kedai dan sebagainya

No comments:

Post a Comment